Surat Cinta Dalam Inbox e-mail...

Sekarang, aku pun dah ada stalker?? Hahahaha...

Zaman dah maju... Dulu time sekolah, benda-benda macam ni selalu jumpa bawah meja, dalam pencil box, dalam kasut bila keluar dari perpustakaan, tak pun daripada member yang jadi orang tengah a.k.a posmen tak bergaji... Sekarang semua hujung jari, emel je...

Bila baca benda ni, yang part qiam tu, teringat lak time sekolah dulu (form 4 dan form 5 dulu...). Masa tu lah aku paling rapat dengan masjid... Sekarang makin besar, makin jauh rasanya...



Surat cinta yang itu...



-----------------------------


To : You know who :)
From : Gadis miskin

Salam buat awak,
Saya publishkan love letter untuk awak kerana saya ingin menyatakan keinginan yang saya mahu dari awak. Seperti yang awak kenal, saya gadis miskin. Miskin harta benda, miskin rupa paras, miskin kepandaian dan miskin agama. Sebenarnya, saya sangat terharu kerana awak sudi menerima saya yang serba-serbi kurang ini. You're AWESOME dude.

Tetapi, sebagai gadis miskin yang malamnya dihiasi mimpi-mimpi keindahan, saya masih tamakkan kemewahan. Sebelum awak memandang jijik, silalah fahami dulu ketamakan saya ini. Saya miskin harta benda tapi tak bermakna saya menginginkan awak sekaya steve jobs sebab bila mati, pening pulak sya nak cari orang untuk disaman. Cukuplah awak berharta mampu untuk menanggung saya dan anak-anak tanpa rungutan. Saya miskin rupa paras tidak bermakna saya mahukan lelaki yang handsome bak aaron aziz sebab saya tak segagah diana halik untuk membenarkan lelaki saya didamba gadis lain. Cukuplah senyuman awak yang manis apabila melihat wajah saya.

Dan yang paling utama, agama. Saya memerlukan seorang lelaki yang dapat mengingatkan saya setiap kali liat bangun subuh. Lelaki yang mengejutkan saya di 1/3 malam untuk menjadi imam qiam saya. Lelaki yang mampu mendidik anak gadis saya supaya tidak jahil agama seperti saya. Saya sedar, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Tapi saya yakin, selagi kita masih ada niat baik dan berusaha ke arahnya, inshaAllah ada jalankan? Jadi awak, walaupun sekarang awak lelaki biasa tak bermakna awak takan luarbiasakan? Saya tunggu saat itu awak. Saya tunggu.

Yang benar,

Gadis miskin yang sangat mecintai awak.

----------------------------------------------------

Habis baca, first thing yang terlintas kat kepala otak aku adalah...
"eeeerrr... Kak.... Salah orang rasanya nih..."

Sapa pulak kawan aku yang miskin nih???? And lagi satu, orang miskin guna e-mail.... Hurrmmm...


1 Comments
Comments

1 Orang Ter-TROLOL: