Shit I Says: Lebih Baik Jangan Berharap…


Dia berjalan-jalan sekitar pekan sekadar mahu mengisi masa terluang. Mahu mengosongkan fikirannya yang semakin hari semakin serabut. Rasa tertekan itu menghimpit jiwanya. Apa yang dilakukannya terasa seperti sia-sia. Sering kali kegagalan menjadi habuannya. Puas dia berlari daripada hakikat yang dirasakan perit itu. Ruang escapism itu semakin mengecil. Dia terkepung. Tidak boleh berlari ke mana-mana lagi. Lantas kepahitan realiti itu dibiarkan merogol rakus jiwanya yang semakin meremuk itu.

‘Dunia ni tak adil atau memang aku ni seorang failure?’ Suara hatinya berbicara. Dia senyum. Mengukir senyuman mannequin dibibir seperti yang biasa dia lakukan selalu. Apa yang dia mahukan sekarang adalah peluang kedua. Peluang untuk dia kembali percaya pada dirinya.

Langkahnya terhenti di hadapan sebuah kedai alat tulis. Kelihatan seorang budak sekolah agama, berbaju melayu putih dan bersampin hijau; warna panji PAS, meluru laju kearahnya. Tangkas dia mengelak.

‘Haih… Budak ni. Buat terkejut aku je. Gelabah nak gi mana la tu?’