Shit I Says : Under-stand-ing...

Sheldon: Why are you crying?
Penny: Because I'm stupid!
Sheldon: That's no reason to cry. One cries because one is sad. For example, I cry because others are stupid,  and that makes me sad.

Wassup semua... Okay, korang familiar tak dengan dialog tu... Yap, itu aku ambil daripada sitcom The Big Bang Theory. Cerita ni memang best kalau korang minat layan sitcom-sitcom gini... Selain itu, aku juga ada menonton How I Met Your Mother, New Girl, $#!T My Dad Says dan sebagainya.... Bagus untuk kita redakan tekanan tat kala meneruskan hidup dalam reality yang sucks ni...
Okay, now back to the topic; Under-Standing... Sebelum tu, baca dialog yang berikut...

Erza Scarlet from Fairy Tail

Trolol-sama: Why are you crying?
Erza: Because I'm stupid!
Trolol-sama: That's no reason to cry. One cries because one is sad. For example, I cry because others doesn't understand me because they are stupid,  and that makes me sad.

Nampak apa yang aku cuba nak sampaikan di sini ... Ok... Dalam hidup ini, kita tak kan lari daripada berhadapan dengan pelbagai jenis warna-warni manusia. Ada yang act like a bitch, berlagak macam semua benda dia hebat, ego melampau sampai aku tak nampak apa perlunya ego camtu, sarcastic tahap Jahalism, ada yang selalu happy-happy tapi hakikatnya dia yang paling tertekan, ada yang suka berlagak hero nak settlekan masalah orang tapi masalah sendiri tak pernah settle, ada yang suka laga-lagakan orang, sebar fitnah sana-sini, pendengki tahap Nates, ada yang itu... yang ini... dan sebagainya. Kalau aku nak mention semua memang dekat beratus entry la aku kena buat setakat nak cerita pasal hitam putih manusia ni...


Aku nak highlight satu kata-kata yang sangat benar mengenai manusia yang hidup atas muka bumi ni...
"The planet is fine. The PEOPLE are fucked" -George Carlin
 Dalam kehidupan ni, kita lebih cenderong menyalahkan takdir atas apa saja yang buruk, teruk, hina, busuk, jijik, fitnah, dan apa saja yang sewaktu dengannya ini menimpa diri. Korang pernah terfikir tak yang kita ni hidup dengan "manusia". Ya, sebaik-baik kejadian tapi yang paling menakutkan atas muka bumi ni. Hidup zaman sekarang, hidup yang berobjektifkan kedudukan, wang ringgit, pangkat, kuasa, glamour, dan pelbagai lagi yang bersifat sementara dan keduniaan. Sebab semua jadah ni, menyebabkan kita saling mahu menjatuhkan. Hidup lebih bermanifestasikan hipokrit. Nilai-nilai murni yang dipelajari semasa bangku sekolah dulu dibuang jauh daripada kamus kehidupan. Jika ada pun, ia adalah topeng yang terhasil daripada hipokrasi. Tak ikhlas, sekadar menunjuk.
"Kita hidup dengan manusia, itu yang payah sebenarnya"
Dulunya kawan, sekarang jadi lawan. Dulunya kata kita satu keluarga, sekarang perangainya celaka. Tambah lagi dia sebar fitnah memburukkan kita. Sehingga rakan-rakan lain menjauhi kita. Jika berselisih, pandangan seHINA BABI diberikan sebagai ganti tanya khabar dan salam kesejahteraan yang biasa diucapkan dulu. Kini, semua seperti baru, lain, sehingga kita seakan-akan berseorangan dalam dunia ni. Mereka umpama watak baru yang menyibuk dalam layar filem kehidupan kita. Semuanya berlaku mereka hanya mendengar cerita sebelah pihak. Cerita kita disanggah, ditolak bulat-bulat. Bukti? Bukti mereka lemah. Boleh dipertikai daripada pelbagai sudut. Setiap kali kita mahu mempertikaikannya, "BUKTI DAH ADA, JANGAN NAK BERDALIH, MENGAKU JE LAH" itu yang kita terima. Mulut kita terkunci. Hanya "Maaf, bukan aku yang buat" yang boleh kita lafazkan. Apa boleh buat pihak mereka ramai. Ramai = menang. Kita berseorangan = kalah. Tapi jika kita selami jadah ni dalam-dalam, satu je punca semua palat ni berlaku. MISUNDERSTANDING....

Agak-agaknye BABI ni mintak ke dilahirkan sebagai BABI???
Satu cara nak selesaikan benda macam ni daripada terus merebak bagai wabak, sebelum sampai tahap epidemic ialah dengan MENDENGAR... Tapi mahu ke mereka dengar, kalau diri ini dah dicemari segala macam stigma hitam yang sudah menjadi satu persepsi solid menyatakan diri ini yang bersalah dan tak kan mengaku yang bersalah. Jadi semua yang keluar daripada mulut ini, dikatakan dusta semata-mata.
Bullshit!! Bullshit!! Bullshit!!! Yang aku paling hairan ialah, mereka semua adalah golongan yang pada mata aku -ALIM-. Orang start menuduh ni, orangnya kuat solat, siap bertahajud lagi, solat jemaah jarang sekali dia tinggal, pendek kata kalau nak cari menantu dia la yang paling ramai orang nak cari. Tapi kenapa dia wat gitu? Kalau ye pun dia pikir diri ni bersalah, sebagai kawan yang pernah kata kita ni sekeluarga, kenapa dia tak jumpa dulu diri ini, tanya betul ke diri ni yang buat? kenapa buat camtu? kalau betul diri ini yang buat, dia boleh la bagi nasihat, suruh berhenti ke apa. Ni tak, disebarnya khabar dajjal memburukkan diri ini. Cakap belakang, jangan citer la. Mesti punye... Langsung... Langsung.. Jauh sangat dengan imej -ALIM- yang aku bayangkan. Teringat aku kata seorang ustaz ni....
"Setan yang ganggu kita ni, berbeza ikut tahap keimanan kita. Makin kuat iman kita makin tinggi la pangkat setan yang ganggu kita. Kalau budak-budak yang kita tengok berpeleseran sana sini tu, yang tak semayang tu. Itu setan Private jer... Tapi kalu tok imam masjid, ustaz-ustaz ni... Setan yang kacau dia boleh jadi pangkat Jeneral... Makin hebat la bisikan godaan dia..."
Barang kali, itu yang berlaku kot. (Tersenyum sendiri)...

Dipetik daripada Petua Menulis
Fitnah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud tuduhan jahat yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan seseorang. Definisi fitnah juga boleh didapati daripada kes Dato’ Musa Hitam v SH Allatas & 2 Ors, yang menyatakan bahawa fitnah adalah imputasi atau tuduhan yang berkecenderungan merendahkan reputasi plaintif dalam pandangan orang biasa dalam masyarakat atau berkecenderungan plaintif dijauhi, dibenci, dihina atau dipandang rendah.
Tambahan lagi, memandangkan fitnah tergolong sebagai salah satu jenis jenayah dan kian berleluasa pada masa kini, fitnah turut diperkatakan dalam Kanun Keseksaan berkenaan dengan “barang siapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau yang dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau denganpenyataan zahir, membuat atau menyiarkan apa-apa tohmahan mengenai seseorang, dengan maksud hendak merosakkan, atau dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan nama baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, memfitnah orang itu.

Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Yang aku terkilan... Diorang tak selidik.... Just bergantung pada bukti lemah yang diperkuatkan oleh pelbagai persepsi negatif dan stigma. Tiap kali cuba membela diri, mereka akan kata "ALLAH TAHU SEMUANYA". Aku tahu lah ALLAH Maha Mengetahui. Cara mereka cakap tu, macam diri ni kapir je. Tapi diorang ni tak pikir ke? Menyalahkan diri ini dengan bukti ntahpapa, dengar citer tanpa selidik, buat penilaian berdasarkan persepsi orang lain, macam dioarng pulak yang maha mengetahui...  Kalau ikut hati aku yang penuh abnormaliti saikopat ni... Mahu saja aku bunuh diorang semua... Nasib baik ada dosa, pahala, surga, nuraka.... Sebab tak boleh, aku just hantar nama diorang semua kat TempahanMaut...
Biarkan mereka kalau nak terus percaya khabar dajjal tu...Masa akan menghakis semua ni...


P/s: S.I.S kali ni aku tulis berdasarkan kisah member aku. Aku pernah rasa benda ni dulu. So, aku just membayangkan aku di tempat dia. Kalau benda ni jadi kat aku pon, aku tak kisah... Sebab aku skang  orangnya jenis 'don't give a fuck, don't give a shit'... Diorang ada masalah dengan aku, itu masalah diorang...Peduli apa aku...
0 Comments
Comments

0 Orang Ter-TROLOL:

Post a Comment