Cara Makan & Cinta...

"Ish! BAPAK!! pelahap cara dia makan! 'Cancel' nak buat balak / awek!! Tengoklah tu
makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya
teman korang makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri.Ada yang makan
penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur
pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada
memberikan gambaran sikap sebenar si dia.

ITADAKIMASU!!
Apa kata kita selidik.Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi
jangan pula sampai dia terperasan. Barulah korang boleh menilai
peribadinya. LOLOLOLOL...

"HIDUP UNTUK MAKAN DAN MAKAN UNTUK HIDUP" [Trolol-sama]

Makan dengan tenang


LOLWUT?
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya
itu buat korang bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah
lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri korang sendiri.
Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia
seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal
kesetiaannya. Korang tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Usah kau ragukan lagi cintaku ini...
 Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah korang! Macamlah
makantu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti.
Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi
pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam
tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius
dengan korang. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan

Hinata serious mode!!!
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat.
Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna korang masih
lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik
perhatikan korang hingga kadangkala korang nak makan pun segan. Alahai!
Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap korang dan
tak mahu korang 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang
nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap
diri korang. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak


Alice love chicken so much....
Syok sangat berbual dengan korang sampaikan nasi di dalam pinggan pun
tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak
tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar
berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat
dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam 

Aku nak cepat ni!!!
 Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan
tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada
date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu
semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa.
Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu
dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
C.C, Kawaii nee....
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan
macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati korang dibuatnya. Alah!
Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang
dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia
merimaskan korang.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia
teramat mengambil berat terhadap diri korang. Cuma awas, dia tu kuat
cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja
sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas korang nanti!!


P/s: CAKAP ORANG.... KORANG PULAK YANG MANA SATU???
2 Comments
Comments

2 Orang Ter-TROLOL:

  1. mungkin kita tak tahu, tu sbb kita kena amik tahu...n BW sini dah tahu la sikit2..Tq nice.

    ReplyDelete