Dia berjalan-jalan sekitar pekan sekadar mahu mengisi masa
terluang. Mahu mengosongkan fikirannya yang semakin hari semakin serabut. Rasa
tertekan itu menghimpit jiwanya. Apa yang dilakukannya terasa seperti sia-sia. Sering
kali kegagalan menjadi habuannya. Puas dia berlari daripada hakikat yang
dirasakan perit itu. Ruang escapism itu semakin mengecil. Dia terkepung. Tidak
boleh berlari ke mana-mana lagi. Lantas kepahitan realiti itu dibiarkan merogol
rakus jiwanya yang semakin meremuk itu.
‘Dunia ni tak adil atau memang aku ni seorang failure?’
Suara hatinya berbicara. Dia senyum. Mengukir senyuman mannequin dibibir
seperti yang biasa dia lakukan selalu. Apa yang dia mahukan sekarang adalah
peluang kedua. Peluang untuk dia kembali percaya pada dirinya.
Langkahnya terhenti di hadapan sebuah kedai alat tulis.
Kelihatan seorang budak sekolah agama, berbaju melayu putih dan bersampin
hijau; warna panji PAS, meluru laju kearahnya. Tangkas dia mengelak.
‘Haih… Budak ni. Buat terkejut aku je. Gelabah nak gi mana
la tu?’
Budak itu tanpa sedar telah tercicir sebatang pensil kayu
buatan tempatan. Pensil tersebut diambilnya.
‘Ada lagi budak sekarang guna pensil nih… Ingatkan pensil
tekan dah lupuskan habis dah pensil jenis ni…’
Pensil kayu yang ada pemadam
kecil di bahagian hujung itu diperhatikan. Datang dalam satu set, boleh
menulis, boleh memadam. Tetapi nisbah pemadam untuk memadam dan karbon hitam
untuk menulis itu agak besar bezanya. Jika mahu dinilai dalam satu set; menulis
dan memadam, pemadam itu terlalu sedikit
dengan jumlah karbon hitam yang ada pada sebatang pensil.
-----------------------------------------------
Hahahahaha… Jadah apa aku merapu
nih?
Hari ni, 3 March 2013. Hari di
mana para mahasiswa bekas tempat aku belajar dulu mendaftar kolej kediaman.
Maknanya esok akan start kuliah, but, macam biasa la, minggu pertama mesti
takde kuliah, walaupun ada mesti tak ramai yang attend and last-last cancel.
Senang citer, bila start semester baru, minggu kedua adalah minggu nak start
serius attend kuliah.
Aku pulak, sepatutnya berada kat
rumah sewa sekarang. Aku plan macam-macam untuk semester baru ni. Nak bawak
peti ais, TV, nak bukak bisnes kecil-kecilan, ubah study plan ikut kesesuaian
aku, nak jadi ketua chef kat rumah, dan macam-macam lagi benda seronok dan
best. Even bapak aku pun kasi bawak kereta. Kereta yang dah lama terbengkalai
kat bengkel tu dibaik pulih, repair air-cond, tukar tayar, servis engine bagai.
Pendek kata aku nak start serius belajar, malas dah nak pikir pasal salah pilih
course la, apa la. Sebab sebelum ni, aku asyik cling sangat dengan masa lepas,
sampai tak boleh nak move on. Serabut je otak sebab pikir buat benda tak suka,
dan rasa terpaksa. Ya, aku rasa tersalah pilih major; Mechanical.
Tapi, rasa-rasa macam tu pun aku
tetap ada Diploma dalam major tu, walaupun time buat Diploma dulu pun aku rasa
nak quit. Sebab gagal bertimpa-timpa, tambah pulak ada kalangan geng-geng aku
yang quit dan tukar pengajian. Aku dorong diorang buat macam tu, tapi aku sendiri
chicken out. Sampai diorang citer kat aku, diorang ada fight dengan parents
pasal benda ni. But, I tell you what… Diorang excel dalam bidang yang diorang
tukar tu. Dan aku masih meneruskan journey dalam bidang yang aku tak minat tu. Subjek-subjek
repeat tu, aku ngadap slow-slow… Memang tak nak aku ngulang benda sama, kuat
hati aku memberontak nak quit. Result masa tu aku senyapkan daripada
pengetahuan parents aku. Aku nekad nak atone balik semua kegagalan tu
senyap-senyap. Dan Alhamdulillah… Aku Berjaya lepasi semua benda repeat tu
dengan result 3 ke 4 kali lebih baik berbanding sebelum ni. Situ, aku belajar
sesuatu, yang aku ni lampi (lambat pick up) dalam calculation based nyer
subjek. Sekali aku tak faham, ambil kali kedua, baru nampak, baru faham pebenda
aku belajar nih. So, as long aku aku tak give up, aku masih boleh go.
Orang kata ‘take one step at a
time, then follow the flow’. Aku rasa jadah tu silap. Sebab ikut flow… Tup tap
tup tap tup tap…. Gedegang!! Aku sambung degree dalam bidang tu jugak. Effing HELL
Tapi, tengah-tengah wat degree tu,
aku mula membentuk resolusi untuk tanam minat, teruskan je sebab dah berada
sejauh ni. Beberapa kali aku consult kaunselor pasal benda ni, dan dia tawarkan
diri untuk membantu. Study plan untuk semester akan datang aku susun
berdasarkan nasihat si kaunselor. Ya, aku rasa sedap hati untuk terus habiskan
Ijazah dengan Mechanical ni. Aku positif. Tambah pulak dapat kenalan daripda FB
yang aku leh share ‘konflik jiwa’ aku ni tanpa rasa terikat. Dan dia tu pun
banyak bagi sokongan, walaupun dalam FB, but hell yeah its reality man… Lebih
baik daripada rakan imaginasi aku sebelum ni. Ya, aku seorang freak dan saiko.
Geng-geng yang satu sekolah dengan aku terutama form 4 form 5, mungkin kenal
‘kegilaan’ aku… Enough… Pendek citer, apa aku nak bagi tahu kat perenggan ni,
aku positif untuk teruskan journey dalam bidang ni, dan harapan aku tinggi.
Akan ada beberapa fail aku akan hadapi, dan plan nak counter benda tu pun aku
dah persiapkan.
Jumaat, 15 Februari 2013.
Router internet kat rumah aku
meragam. Yap, hari ni result final exam semester lepas akan kuar. So, pagi tu,
tak leh wat apa la. Pagi tu aku spend masa usha study plan yang aku dah wat
untuk sem depan. Kereta yang aku nak bawak tu pun dah siap repair. Pastu duk
pilih-pilih poster anime nak bawak tampal kat rumah sewa nanti.
Selesai solat Jumaat, terus aku
menerkam ke Cyber Café berdekatan. Benda pertama check: Result Final Exam.
Browser FireFox aku klik. Terus ku gugel student portal. Log-in. Klik ‘Check Result’.
Then… Aku tergamam… Cepat-cepat aku padam tab tu, and try wat bodoh pasal benda
yang aku tengok tadi. Aku buka FB, download episode anime latest yang aku
layan, dan singgah ke bestgore kejap. Dalam 20 minit gitu, aku open balik
student portal > log-in> check result… Sekali lagi aku tergamam. Aku
padam terus browser tu, buat CCleaner, delete semua cookies firefox… Pastu aku
open guna Chrome pulak. Step biasa aku ulang. Window result aku keluar. Aku
perhati betul-betul butiran atas skrin. Ya, result tu milik aku. Cursor mouse,
menari-nari kat tanda x penjuru atas sebelah kanan window. Aku nak padam dan
ulang bukak sekali lagi. ‘Cukup lah tu. Itu kenyataannya. Itu realitinya. Macam
mana cara kau nafikannya, benda tu tetap ada, benda dah jadi.’ Suara hati aku
menegur.
“SHIT!!! Aku dismiss! Bodoh
gila!!” Sekadar bermain dibibir, cukup untuk aku seorang sahaja yang dengar.
Aku tak tahu macam mana nak react.
Macam-macam plan dah buat. Tiba-tiba benda tak terjangka jadi. Aku jangka akan
ada fail, tapi takde la sampai dismiss. Aku sengih-sengih kerang, dan mula ikut
mainstream umat muda-mudi sekarang, update status kat FB citer masalah.
Member-member komen, kata aku tipu, sembang lebih, gebang, dan macam-macam
lagi. Diorang tak percaya, aku lagi la tak percaya. Segera aku cari cara nak atasi benda ni.
Boleh buat rayuan ke? Kena denda ke? Apa ke? Last-last, hampa. Aku dapat tahu
pekeliling dah tukar, nama yang telah dismiss, blacklisted. Tukar U lain? Tukar
jadi PLK? Kerja? Nak bagi tahu parents camne? Macam-macam jadah mula menyerabut
dalam kepala otak aku.
Aku? Aku rasa kecewa giler der… Marah dengan
diri sendiri, rasa nak maki-maki, dan banyak lagi rasa-rasa fakap yang lainnya…
Dah plan macam-macam, last-last hampas. Paling tak best, azam dan resolusi yang
aku bentuk dan baru nak keras tu, ranap hancur musnah. Umpama kaca pecah
terhempas atas jalan tar pastu dilenyek lak dek steamroll. Haih…
Hari Jumaat petang aku tahu benda
ni. Aku tahan air mata, rasa sedih giler, tapi aku dapat tahan dengan
mereka-reka escapism dalam kepala dalam otak aku. Tapi realiti walau fakap
macam mana pun, ia ada. Tak kan ke mana-mana walau camne pun aku mengelak. Hari
Ahad petang, aku terima mesej daripada kenalan FB yang aku mentioned sebelum
ni. Somehow mesej tu macam menunjukkan dia completely see through me. Lepas aku
baca mesej tu, rasa macam apa yang aku makan sebelum ni rasa nak terjeluak. Nak
muntah. Tak tahu la sama ada aku over react, or dah lama sangat aku tahan air
mata. Aku tutup mulut, air mata rasa nak keluar. Apa yang fakap masa tu, aku
kat CC. Aku tahan dan senyum-senyum je.
Malam tu aku tak tahu macam mana
aku leh lena senang, Sebab aku ada insomnia. Sedar-sedar esoknya, aku teringat
yang aku teriak sampai terlena semalamnya. Ya, itu air mata redha. Dan, dia
yang kat FB tu… Berani dia ranapkan ego aku yang tak nak nangis ni. Cis…
Sekadar berkongsi satu fasa
kehidupan aku bergelar si homo sapien bertuah atas muka bumi ni….
---------------------------
‘Ada lagi budak sekarang guna pensil nih… Ingatkan pensil
tekan dah lupuskan habis dah pensil jenis ni…’ Pensil kayu yang ada pemadam
kecil di bahagian hujung itu diperhatikan. Datang dalam satu set, boleh
menulis, boleh memadam. Tetapi nisbah pemadam untuk memadam dan karbon hitam
untuk menulis itu agak besar bezanya. Jika mahu dinilai dalam satu set; menulis
dan memadam, pemadam itu terlalu sedikit
dengan jumlah karbon hitam yang ada pada sebatang pensil.
Entah kenapa. Matanya berkaca.
Pensil kayu itu ditenungnya.
“Peluang kedua….” Kata-kata itu
terhambur dari mulutnya.
Ya, sebatang pensil yang datang
dengan pemadam kecil pada bahagian hujungnya, sudah cukup untuk mengajar kita nilai
‘peluang kedua’ dalam kehidupan seharian. Pemadam itu menggambarkan peluang
kedua itu sentiasa ada, namun saiz pemadam yang kecil, jelas menunjukkan bahawa
‘peluang kedua’ itu terhad…
Dia tersenyum sinis. Pensil kayu
itu dipatahkan.
“Ahhh… Fuck it…”

