Ini la reaksi korang sekarang kan?? |
Kali ini, aku post pula pasal hari lahir yakni tarikh hari korang dilahirkan. Satu haribulan ke, dua haribulan ke, gitu. Ya, masih lagi berkenaan dengan perangai, personaliti, dan fi'il seseorang manusia itu. Siapa kita ni nak menilai orangkan? Arrgh!! Fuck that shit!! Aku memang suka judge orang. And... and... Aku tak bagi fuck langsung apa orang nak cakap pasal aku. I don't care BITCH!! Okay... Apa lagi baca la....
Nombor menunjukkan haribulan tarikh lahir korang. Contoh: 8 Januari 1991, so tengok nombor 8...
- Korang seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang korang buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta korang mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
2.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb,
korang yang dilahirkan pada tanggal 2hb
cukup tegas orangnya dan keputusan korang
sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali korang mengatakan tidak,
tiada siapa yang mampu mengubahnya.
3.
Korang seorang yang cukup bersemangat dalam
menjalani kehidupan. Korang memerlukan
cinta dalam hidup namun sikap korang yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang korang rasa membuatkan korang segan untuk didekati.
4.
Dikatakan korang yang dilahirkan pada 4hb ini
terlalu suka mengikut perasaan dan kata
hati. Sebab itulah tidak hairan bila korang
sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala korang sendiri kesali. Selalu saja cinta korang hinggap pada
tempat yang salah.
5.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang korang miliki
itu kerana ia boleh memburukkan diri
korang sendiri. Namun kebaikan korang, bersifat pelindung kepada orang-orang yang korang sayangi.
6.
Korang disukai ramai kerana personaliti korang
yang cukup menarik hati.Tidak hairanlah
bila ramai yang cuba menawan hati korang.
Walau bagaimanapun, bagi korang banyak lagi perkara penting selain cinta.
7.
Korang seorang yang 'happy go lucky' dan gemar
berseronok. Namun sikap korang yang agak
berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan korang.
Begitu juga soal percintaan. Korang ni pemilih sangat!
8.
Korang seorang yang romantis. Wah! beruntungnya
siapa yang menjadi pasangan korang
nanti. Namun korang mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!
9.
Nampaknya korang ni seorang yang amat menjaga
personaliti dan keterampilan diri di
mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu korang ingin yang
'setaraf' juga.
10.Korang yang dilahirkan pada
tarikh ini seorang yang sangat mementingkan
keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Korang gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini
kadangkala membuatkan buah hati terasa
diri terpinggir!
11.Nampaknya korang ni seorang
yang amat berdisiplin dalam mengatur
kehidupan korang seharian. Sebab itulah korang juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah korang
terfikir, kadangkala hidup ini terasa
boring bila terlalu mengikut peraturan?????
12.Korang seorang yang setia
dalam perhubungan. Sekali korang
memberikan komitmen, selamanya korang
akan setia. Namun jangan tak tahu,
ramai yang masih menaruh minat padamu
walaupun tahu korang sudahpun berpunya!!
13.Korang seorang yang sering
berfikir ke arah yang positif sahaja.
Sebab itulah korang disukai
ramai. Namun dalam masa yang sama,
korang sering tunduk dan tidak tahan
dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, korang amat pandai menjaga perhubungan.
14.Hebat! Bagi korang,
karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah korang tidak menerima mana-mana
huluran cinta daripada sesiapa. Cinta
dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup korang!!
15.Korang yang dilahirkan pada
tarikh ini suka mengubah keputusan korang
secara tiba-tiba. Namun apabila korang membuat keputusan, korang
akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara korang dan si dia,
sikap korang ini yang suka membuat
tindakan 'last minutes'.
16.Korang ini seorang yang
moody rupanya....Sekejap mood korang okey dan
sekejap pula korang marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap korang itu. Cuba kawal
sikit.
17.Korang lebih suka mejaga
hati orang lain berbanding hati korang sendiri.
Namun sikat penting yang korang tonjolkan membuatkan orang tidak
tahu perasaan sebenar korang.
18.Korang ni sangat perahsia
orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan
dan cinta. Korang lebih suka memendam
perasaan hingga mendatangkan tekanan
pada diri korang. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.
19.Korang bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang korang lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya korang lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
20.Korang ini terlalu banyak
permintaan. Ada sahaja yang korang inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia
bila korang asyik minta itu dan ini.
Korang sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
21.Sikap korang yang cool,
tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang
lain 'ambil mudah' terhadap diri korang.
Begitu juga si dia. Lebih baik
korang berterus terang jika ada perbuatan si dia yang korang tidak
suka sebelum terlambat.
22.Korang yang lahir pada
tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, korang akan memilih seseorang yang korang akan rasa'
selamat' bila berada di sampingnya.
23.Sikap korang yang kelakar
dan riang membuatkan orang suka mendampingi
korang. Malangnya korang sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu
serius dalam hidup.
24.Korang seorang yang
mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, korang terlalu takut dilukai hingga
membuatkan korang bersifat menggongkong
si dia.
25.Bila menyentuh soal cinta,
korang sukar mempercayai lelaki/perempuan
yang bagi pendapat korang ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis korang. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau
kan?????
26.Korang harus ubah sikap
korang ini yang dikatakan tidak serius
dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah korang lebih mementingkan keseronokan saja!!!!
27.Korang sukar untuk menaruh
kepercayaan kepada orang lain walaupun
kekasih korang sendiri. Tak baik wasangka !!!!
28.Korang suka diri korang
menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila
menjadi tumpuan, korang meminggirkan si
dia tanpa disedari.
29.Korang tidak akan
menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi korang tidak puas hati dengan apa yang
korang miliki.
30.Korang seorang yang keras
kepala. Ini juga punca pergaduhan korang dengan
si dia kerana korang sukar untuk beralah!!!!
31.Terlalu banyak yang korang
impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai
apa yang korang miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!
P/s: Baca boleh, Percaya? Belum tentu lagi.... Tapi semua ni based on survey tau.....
P/s: Baca boleh, Percaya? Belum tentu lagi.... Tapi semua ni based on survey tau.....
5hb. Betul. 22hb pun betul.
ReplyDelete