Tanjoubi omedetou! Onii-chan!! |
3rd January 2013...
Hari ni masuk la aku ke umur baru kalau diikutkan apa yang sudah tercetak asat surat beranak aku. Ya, aku mencapai lagi peringkat kedewasaan daripada segi penambahan angka pada usia aku yang juga dikenali sebagai umur . Umur. Ke itu maknanya masa mati makin mendekat? Or. Sejauh mana tahap aku memandang kehidupan? Kematangan aku berfikir? Masa nak bekeluarga makin dekat? Cita-cita bakal tercapai tak lama lagi? Jawapan senang, F!@# This Sh!t!!!
Untuk tahun miserable ke dua puluh lebih lebih lebih ni, ada banyak benda yang bermain dalam benak bodoh aku, dan setiap hari yang aku lalu, aku sibuk memesatkan trafik impulse otak aku dengan memikirkan apa jadah yang jadi kat dunia hari ini. Aku memang tak dapat jawab, aku memang tak tahu nak cari kat mana dan aku tak da rujukan untuk soalan-soalan yang setiap hari aku tanya. Antaranya :
"kenapa realiti biasanya satu benda yang tak dapat kita
nak terima."
“kenapa bila sebut soal hati,kita tahu benda-benda macam tu tipikal tapi kita still lagi ikut landasan.”
“macam mana kita nak paham orang selain daripada apa yang ditunjukkan oleh mereka?”
“kenapa kita boleh merasa orang lain bodoh tetapi diri sendiri kita tak kaji dulu?”
“apa maksud ' adil ' tu sebenarnya bila setiap benda yang kita nampak ,lalu atau hadap setiap hari adalah bias?”
“kenapa kadang terlalu banyak benda yang kita cuma lalu, cuma enjoy apa yang jadi padahal kadang ia adalah benda yang tidak reasonable dan logik?”
“dua orang manusia, daripada api dan air, dua pendapat,dua hujah yang kuat ,dua jenis pengikut.mana satu yang betul dan salah bila semua orang rasa dia betul?”
“ apa beza dengan orang yang mencari jodoh ,maut dan takdir sedangkan semua dah ditentukan?”
“kenapa perasaan manusia biasanya berbelah bagi berpecah antara betul dan salah pada hal kita dah pun buat keputusan?”
“kita mencipta takdir , membetulkannya atau memang tak boleh lari daripada plan Tuhan yang asal?”
"cinta itu buta? kenapa? ke manusia buta kerana cinta? pada aku love is retarded."
Aku buntu bila semua yang datang hari ini bukan tahap aku. Ada ratus lagi benda yang aku nak tanya tapi aku tak sure akan ada jawapan. Sebelum ni, aku harap setiap benda yang jadi hari ini, mengikut flow. Mungkin ikut apa yang aku pikirkan, tapi tu semua tak jadi bila aku tak sanggup terima benda baru.
REALITI.
Fantasi yang aku cipta sebelum ni dah nampak ranap sikit demi sikit.Aku tak nak sampai satu tahap aku dah tak sanggup.Dan aku tak boleh kembali pada fantasi aku. Fantasi yang buat aku terus berjalan dalam perjalanan hidup ni.
Siapa boleh bagi jawapan? Ya, aku tahu tak da, kalau ada. Of course la jawapan tak memuaskan hati. Soalan-soalan macam ni takkan ada jawapan puas. Well, maybe...
Aku tahu ada sesetengah korang pikir, kenapa mesti pikir semua tu? Hidup je lah macam biasa, enjoy...
Well, makin hari makin kotor otak aku dicermari pelbagai fahaman dan isme negatif. Tapi, terus terang aku kata benda-benda macam ni lah yang buat aku lebih 'terang' dengan kehidupan ni walaupun nampak penuh dengan 'kegelapan'.
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Mr.Trolo-sama,
Allah selamatkan kamu...
Selamat hari jadi jasad aku, khas daripada Qarin yang sentiasa bersama 'kau'.
Tabah lah... Jangan sampai 'aku' bunuh 'kau'!!