Shit I Says: Lebih Baik Jangan Berharap…


Dia berjalan-jalan sekitar pekan sekadar mahu mengisi masa terluang. Mahu mengosongkan fikirannya yang semakin hari semakin serabut. Rasa tertekan itu menghimpit jiwanya. Apa yang dilakukannya terasa seperti sia-sia. Sering kali kegagalan menjadi habuannya. Puas dia berlari daripada hakikat yang dirasakan perit itu. Ruang escapism itu semakin mengecil. Dia terkepung. Tidak boleh berlari ke mana-mana lagi. Lantas kepahitan realiti itu dibiarkan merogol rakus jiwanya yang semakin meremuk itu.

‘Dunia ni tak adil atau memang aku ni seorang failure?’ Suara hatinya berbicara. Dia senyum. Mengukir senyuman mannequin dibibir seperti yang biasa dia lakukan selalu. Apa yang dia mahukan sekarang adalah peluang kedua. Peluang untuk dia kembali percaya pada dirinya.

Langkahnya terhenti di hadapan sebuah kedai alat tulis. Kelihatan seorang budak sekolah agama, berbaju melayu putih dan bersampin hijau; warna panji PAS, meluru laju kearahnya. Tangkas dia mengelak.

‘Haih… Budak ni. Buat terkejut aku je. Gelabah nak gi mana la tu?’ 

Surat Cinta Dalam Inbox e-mail...

Sekarang, aku pun dah ada stalker?? Hahahaha...

Zaman dah maju... Dulu time sekolah, benda-benda macam ni selalu jumpa bawah meja, dalam pencil box, dalam kasut bila keluar dari perpustakaan, tak pun daripada member yang jadi orang tengah a.k.a posmen tak bergaji... Sekarang semua hujung jari, emel je...

Bila baca benda ni, yang part qiam tu, teringat lak time sekolah dulu (form 4 dan form 5 dulu...). Masa tu lah aku paling rapat dengan masjid... Sekarang makin besar, makin jauh rasanya...



Surat cinta yang itu...

Shit I Says: Semakin Tua, Semakin Pesimis...

Another Shit I Said setelah lama tak update blog yang semakin berhabuk ni. Terkejut jugak la bila tengok visitor dah cecah 10,000. Trololololol. Nanti lah kalau aku rasa nak kongsi benda best, aku akan update la sikit-sikit blog ni. Ingat aku lagi? Trolol-sama??

Tanjoubi omedetou! Onii-chan!!

3rd January 2013...
Hari ni masuk la aku ke umur baru kalau diikutkan apa yang sudah tercetak asat surat beranak aku. Ya, aku mencapai lagi peringkat kedewasaan daripada segi penambahan angka pada usia aku yang juga dikenali sebagai umur . Umur. Ke itu maknanya masa mati makin mendekat? Or. Sejauh mana tahap aku memandang kehidupan? Kematangan aku berfikir? Masa nak bekeluarga makin dekat? Cita-cita bakal tercapai tak lama lagi? Jawapan senang, F!@# This Sh!t!!!