Nombor Lahir & Nature Korang...


Yo… Trolol-sama desu… Minasan genki desuka?
Suatu ketika dahulu, pernah aku post pasal Bulan Kelahiran & Personaliti Korang. Kali ini ia mengenai nombor lahir. Apa kejadahnya nombor lahir ni? Nombor lahir ini datangnya berdasarkan tarikh lahir korang.
Tarikh lahir korang menerangkan siapa korang, apakah kelebihan korang dan apakah kebolehan korang. Ia juga menunjukkan apakah yang harus korang pelajari dan cabaran yang perlu korang hadapi. Yap, again  mengenai personaliti dan perwatakan manusia. Apa takde benda lain nak post ke? Asyik-asyik mengenai perbadi orang. Suka hati aku lah. Okay... Untuk mengetahui nombor lahir korang, korang boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir korang sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Macam mana nak buat? Hayatilah komik strip neko-neko yang seperti yang tertera di bawah.



Keterangan nombor lahir 

1. Ketulenan 
Hanekawa Tsubasa
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Korang suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik korang.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai 
Dragon Sword Chronicles
Dilahirkan sebagai diplomat.
Korang selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Korang tidak suka bersendirian.
Persahabatan adalah penting buat korang dan berupaya mendorong korang untuk berjaya di dalam hidup; tetapi korang sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, korang patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria 
Orihara Izaya, he is the king of troll
Korang sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Korang suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Korang suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Korang sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif 
Mikazuki Yozora
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Korang sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Korang hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya korang lakukan.
Korang suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Korang mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Korang berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Korang harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis 
Sokka from Avatar The Last Air Bender...
Korang adalah perintis.
Secara semulajadi korang mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Korang perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
Dunia ini adalah sekolah korang, korang memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
Persoalan yang bermain difikiran korang tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik 
Naga dan Harimau. Ryu and Taiga.
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat korang.
Perasaan korang mempengaruhi keputusan korang.
Korang sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Korang sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Korang suka seni musik.
Korang menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual 
I'm fabulous.. BITCH!!
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan korang sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan korang tidak mempengaruhi keputusan korang.
Korang suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling korang tetapi korang tidak suka dipersoalkan.
Korang kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Korang gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Korang sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia korang tersendiri dan korang perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian 
Bossun...
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Korang adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Korang selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Korang sangat suka mengendalikan manusia. Korang melihat manusia secara objektif.
Korang akan memberitahu seseorang dengan cara korang tersendiri bahawa korang adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon 
Liang Ji. This pic is unrelated....
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Korang sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, korang tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada korang tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada korang.
Korang mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling korang untuk memahami korang.
Korang umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Korang mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

P/s: Selepas dikira-kira apa nombor lahir aku, aku dapat nombor 6. Well, hehehehehe…. Tapi kenapa still forever alone???

1 Comments
Comments

1 Orang Ter-TROLOL: