REAKSI KORANG |
Mark Elliot Zuckerberg (lahir pada 14 Mei 1984 yang menjadi CEO facebook pada mulanya hanyalah seorang programmer komputer dan peniaga Internet sperti diketahui adalah seorang Yahudi.
Facebook dibangunkan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan teman sekuliahnya iaitu Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes ketika menjadi mahasiswa di Universiti Harvard.
Pada tahun 2010, Zuckerberg terpilih sebagai Person of the Year versi majalah Time.Pada 2011, kekayaan peribadinya dianggarkan lebih kurang $17.55 billion. Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau dalam bahasa Melayu Tembok Ratapan. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka,meluahkan harapan,ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB. Tembok Meratap atau Tembok Barat (Bahasa Ibrani: הכותל המערבי, translit.: HaKotel HaMa’aravi) (Bahasa Arab: حائط البراق, translit.: Haa-et Al-Buraaq) ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman A.S, putera Nabi Daud. Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar (Arab: قبة الصخرة, Qubbat As-Sakhrah), serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja.
Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi).
Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.
Tembok ini dulunya dikenalisebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut “Tembok Ratapan” kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.
Hati-hatilah sahabat, tanpa kita sedari, mungkin kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada bersolat dan zikir kepada ALLAH SWT.
Sekarang kita kaitkan dengan Ayat Al-Quran....
Mengaitkan surah Al-Quran dengan fenomena Facebookers dan twitters yang berserakan di dunia maya.
Al-Quran sememangnya mukjizat Rasulullah SAW yang memang tidak boleh dipertikaikan. Sejak 1400 tahun yang lalu Al-Quran sudah menceritakan tentang Facebook, Twitter dan seangkatannya?!”
Cuba korang buka surah Al-Ma’arij ayat 19-21
‘Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir.’Ayat ini menjelaskan fenomena jemaah Al-Fesbukiyyah secara umum. Cuba kita lihat wirid-wirid mereka. Kebanyakan isinya keluh kesah.Temanya sudah mirip sinetron Indon mendayu-dayu sehingga air mata meleleh keluar. Sakit dari sakit bisul, sakit perut, selsema sampai jerawat tumbuh pun update di status.
Cuaca juga tak ketinggalan. Diberi hujan pun mengeluh tidak dapat keluar ke mana-mana. Diberi panas mengeluh kepanasan. Segala maksiat juga disebarkan di public wall. Banyak contoh yang upload gambar sedang clubbing, membuka aurat dan sebagainya. Masalah duit habis, rezeki tak masyuk pun ditaip di facebook. Ibadat juga ada yang ‘disharekan’. puasa, sedekah dan sebagainya tapi Alhamdulillah aku belum jumoa ada orang update FB semasa sedang sembahyang dengan update status FB ‘lagi dua rakaat nih’ tetapi aku pernah melihat seorang lelaki yang surf FB semasa khutbah Jumaat. Seterusnya di ayat seterusnya dikatakan
‘apabila dapat kebaikan maka dia kikir.’Memang betul ayat tersebut kerana Ayat Al-Quran memang semuanya benar.
Cuba korang kira berapa orang yang update status contohnya
“Alhamdulillah dapat rezeki, sesiapa yang mahu saya belanja harap tunggu di depan masjid lepas Isyak”.
Rasanya ada tak status FB yang begitu? Kalau dapat rezeki disorok-sorokkan takut orang lain tahu, takut ada yang nak meminjam atau minta belanja. Tetapi semasa ditimpa musibah di share ke mana-mana.”
Bukannya haram update status tetapi alangkah baiknya update itu yang baik-baik,mengajak kebaikan,hadis, kisah sahabat dan sebagainya. Tapi kita malu pulak nak update begitu takut dikatakan orang kampung, ketinggalan zaman, terlampau alim, mat bagus dan sebagainya.
Sumber: http://www.isuhangat.net/v1/
P/s: Butthurt level : Chuck Norris.....